wElCoMe

bersama menuju kegemilangan hidup. majulah kita bersama untuk mencari bekalan akan datang. hidup biar makan mati biar kenyang...

Tentang Diri Ku

Foto saya
tiada yang mustahil jika hati menginginkannya...

Khamis, 28 Mei 2009

Bercakap Itu Ubat

Berbuallah untuk merangsang otak. Diam saja, membekukan fikiran dan boleh menyebabkan tekanan. Orang yang lebih banyak diam akan lebih mudah ditimpa kemurungan dan juga tekanan. Sebaliknya orang yang ceria, rajin bercakap dan mudah tertawa akan lebih ceria dan bahagia.

Kajian mendapati orang yang lebih banyak bercakap memang lebih kerap berbuat salah tetapi percakapannya itu selalu juga menyebabkan orang tertawa. Orang yang rajin bercakap selalunya lebih banyak idea dan idea-idea ini apabila diketengahkan ia membantu menambah pengetahuan orang lain.

Audien yang ghairah, ceria dan rajin menyampuk biasanya mewakili organisasi yang maju sebaliknya audienyang beku dan terlalu diam serta tidak berani melontarkan soalan selalunya mewakili organisasi atau jabatan yang lemah. Berbual adalah terapi bagaimanapun perbualan yang mengarah pada menghentam, mengutuk, memfitnah akan membunuh kebijaksanaan. Yang diperlukan ialah berbual secara beradab, penuh intelek dan bersandarkan kepada kasih sayang.

Apabila anda tidak bercakap dalam sehari anda akan gelisah. Kadang-kadang anda terus tension. Menurut Journal American Medical Association, berbual lebih membantu masalah insomnia, lebih baik daripada pil tidur. Laporan itu hasil penyelidikan sekumpulan penyelidik University Of Bergen Norway.

Seorang yang dipenjara akan mengalami kemerosotan otak. Jika tidak diberikan aktiviti untuk membolehkan dia bercakap, dia boleh gila. Bercakap adalah sepenting mengambil ubat apabila ditimpa sakit. Dalam novel “Original” Alaf 21 seorang watak bernama Tamsis yang hilang ingatan berjaya dipulihkan oleh seorang gadis dengan hanya membacakan sejarah hidupnya. Jelas bercakap dan juga mendengar orang bercakap rupa-rupanya satu remedi yang berkesan. Jika ia boleh dmeyembuhkan orang yang gila, ia tentu amat berfaedah bagi orang yang tidak gila.

Sesi terapi bercakap sekumpulan penyelidik Bergen Norway itu adalah sebahagian daripada terapi tingkah laku kognitif (CBT). Ia direka untuk membolehkan pesakit mempelajari cara mengubah tingkah laku dan pola pemikiran yang menggangu tidur. Jadi usah ragu-ragu untuk bising-bising pada masa yang sesuai. Jika anda menonton perlawanan bola sepak, menjerit dan berpekiklah. Jangan duduk diam saja meskipun pasukan yang anda sokong menjaringkan gol. Sikap yang berlawanan boleh diistilahkan sebagai “otak yang tidak centre”.

Ketika anda diminta bercakap, maka bercakaplah. Jangan ragu-ragu. Bukan soal betul atau salah apa yang anda cakapkan tetapi lebih kepada mampukah otak anda mengeluarkan idea selari dengan topik diberikan. Itu sangat membantu untun sentiasa menghijaukan otak. Apabila otak segar, selalunya bahagia dan ceria.

Namun meskipun bercakap itu boleh menjadi ubat, ia juga boleh menjadi penyebab pada kesalahan yang besar. Agar tidak salah, teliti perkara-perkara berikut:

Ø Bercakap apabila anda rasakan perlu untuk bercakap tidak kira sama ada diminta tau tidak. Dalam mesyuarat kadang-kadang anada terpaksa terus bersuara untuk melahirkan pendapat.

Ø Bercakap tanpa menyentuh peribadi orang lain. Jika terpaksa juga, sebut tanpa merujuk nama-nama tertentu.

Ø Lebih banyak bercakap berpaksikan fakta, jenaka, keindahan alam, agama, dan yang seumpama untuk selamat.

Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kamu seberat-berat riba di sisi Allah swt?”

Jawab sahabat: “Allah dan Rasulullah yang lebih mengetahui.” Maka bersabda Nabi SAW: “seberat-berat riba disisi Allah ialah menganggap halal mengumpat kehormatan seorang muslim.”

Kemudian Nabi saw membaca ayat yang ertinya, “Dan mereka yang mengumpat orang mukmin lelaki mahupun perempuan tanpa salah dan tidak benar, berberti mereka telah berbuat tuduhan palsu dan dosa yang nyata.”

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails