wElCoMe

bersama menuju kegemilangan hidup. majulah kita bersama untuk mencari bekalan akan datang. hidup biar makan mati biar kenyang...

Tentang Diri Ku

Foto saya
tiada yang mustahil jika hati menginginkannya...

Sabtu, 13 Disember 2008

its ok die 4 something than live 4 nothing...

Hidup selalunya sangat sukar ditakrifkan... bergantung kepada kita bagaimana untuk mentakrifkannya. Ini kerana hidup penuh dengan ketidakpastian, namun demikian buat apa lagi kita hidup jika kita hidup tanpa arah tuju. Adakah hidup ini ibarat sebuah kapal yang tidak bernakhoda yang berlayar hanya mengikut tiupan angin tanpa arah yang tetap untuk ditujui?
Manakala kematian pula merupakan satu hal yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa sahaja. Kematian tidak boleh diawalkan atau dilambatkan... bila tiba hari perjanjian itu samaada kita rela atau terpaksa kematian harus dihadapi. Mati kerana sesuatu lebih bermakna daripada mati tanpa apa-apa. Sedangkan matinya seekor kambing itu kerana melaksanakan perintah Allah SWT untuk dijadikan korban...masakan kita manusia mati tanpa satu tujuan jelas. Bukan niat untuk mengajar tetapi sekadar nasihat bersama sebagai renungan bersama agar kita dapat melayari kehidupan yang dianugerahkan ALLAH SWT kepada kita ini dengan penuh nikmat.
Hidup dan Mati merupakan dua persoalan yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Segala apa yang dilakukan dikehidupan ini akan menentukan nasib di hari kematian nanti. Sama ada sedar atau tidak atau berpura-pura tidak sedar sebenarnya kubur sering memanggil kita pada setiap detik. Alam Kehidupan senang untuk dimengertikan namun alam kematian sangat sukar untuk dimengertikan kerana tiada seorang pun yang telah melalui kematian dapat kembali ke alam kehidupan untuk menceritakan mengenai perihal kematian sebenar. Namun sebagai seorang yang berTAMADUN kita seharusnya sedar akan hal seperti ini. Jangan sesekali kita leka dengan pelbagai nikmat kehidupan dengan mengabaikan nikmat kematian.
Biarlah kita mati kerana menggenggam sesuatu daripada kita hidup melepaskan sesuatu. Ingatlah janji kita dengan Tuhan Rabbul Alamin sewaktu kita berada dialam rahim ibu. Walaupun sukar untuk mengetahuinya namun kita perlu berusaha untuk mengetahuinya. Allah SWT memberi peluang kehidupan kepada kita adalah bersebab. Oleh itu kita mesti mencari apa SEBAB sebenarnya ALLAH SWT memberi sebuah kehidupan kepada kita. Biarlah kita lahir ke dunia ini dalam keadaan MENANGIS tetapi bila kita kembali semula kepadaNya biarlah dalam keadaan SENYUM. Sebagai renungn bersama...
Related Posts with Thumbnails