wElCoMe

bersama menuju kegemilangan hidup. majulah kita bersama untuk mencari bekalan akan datang. hidup biar makan mati biar kenyang...

Tentang Diri Ku

Foto saya
tiada yang mustahil jika hati menginginkannya...

Selasa, 21 Oktober 2008

Manusia...

Manusia telah diciptakan oleh Allah swt dengan pelbagai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap daripada kita yang hidup di muka bumi ini sebenarnya sering memerlukan antara satu sama lain. Sebagai insan yang hidup serba kekurangan kita mesti memerlukan orang lain untuk meneruskan kehidupan. Dalam dunia yang serba moden ini pelbagai ragam manusia yang kita temui. Ada yang baik, ada yang kurang baik dan ada yang tidak baik, namun terpulang kepada diri kita bagaimana untuk membuat pentafsiran. Kita sebenarnya tidak boleh memberi pentafsiran yang sewenang-wenangnya kepada orang lain kerana setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Oleh itu, dalam kita melayari bahtera kehidupan ini, janganlah kita angkuh dan bongkak dengan pelbagai kelebihan yang Allah swt telah pinjamkan kepada kita. Hal ini kerana walau bagai manapun kehebatan yang kita miliki, itu semuanya datang daripada Allah swt. Itu semua adalah harta yang hanya dipinjamkan oleh tuhan yang Maha Esa dan ada waktunya semua itu akan diambil semula kerana setiap yang dipinjam perlu dikembalikan sama ada kita mahu atau terpaksa itu semua terpulang kepada kita.
Jika kita bertemu dengan orang yang mempunyai masalah, bantulah mereka setakat apa yang kita mampu... janganlah kita memilih dalam membuat kebajikan kerana walau apa sekalipun mereka tetap manusia. Janganlah kita memandang rendah kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik, kepada orang-orang yang berada dibawahan kita, kepada insan-insan yang banyak menabur bakti dan sebagainya.
Hormatilah mereka seperti mana mereka menghormati kita. Kita sebagai seorang remaja contohnya perlulah menghormati orang-orang yang lebih tua daripada kita, rakan sebaya kita, adik-adik kita dan kepada sesiapa sahaja. Jika kita menginginkan orang menghormati kita, kita perlu menghormati orang lain terlebih dahulu. Janganlah disebabkan kelebihan yang hanya sedikit seperti kita sudah maju selangkah daripada orang lain kita terus tidak menghormati mereka kerana kita beranggap darjat kita lebih mulia daripada mereka. Misalannya kita kurang menghormati atau pun dalam bahasa kasar kita tidak langsung menghormati tukang-tukang sapu, pengawal keselamatan, pemandu bas, dan yang seangkatan dengan mereka kerana kita beranggapan mereka ini jauh lebih rendah tarafnya daripada kita yang sudah bergelar pengarah, Perdana Menteri, Datuk, Mahasiswa dan sebagainya. Sikap ini perlu dielakkan dalam diri kita. Hormatilah mereka kerana walau apapun terjadi mereka tetap manusia dan sebenarnya apa yang mereka lakukan merupakan satu kerja yang murni walaupun apa yang mereka dapat sebenarnya tidak setimpal berbanding dengan apa yang mereka taburkan. Namun semua itu tidak menghalang mereka dari terus menabur bakti...
HARGAILAH MEREKA...
Tiada satu keistimewaan yang memberi saya hak untuk memberi nasihat kepada sesiapa pun kerana saya terlalu kerdil didunia ini, namun semua yang saya lakukan ini adalah sebagai satu nasihat kepada diri sendiri dan berharap dapat memberi sesuatu kepada anda. Anggaplah saya seperti membaling bola ke dinding, yang mana bola yang selepaskan itu akan kembali semula kepada saya akibat pantulan. Begitu juga dalam hal saya menulis dalam blog ini, saya memberi dengan harapan apa yang saya beri ini menjadi amalan bukan sahaja kepada anda yang membaca tapi yang lebih penting kepada diri saya sendir.
Renung-renungkan dan selamat beramal...

Sabtu, 18 Oktober 2008

kehidupan...

KEHIDUPAN adalah satu perjuangan yang perlu ditempuh oleh semua makhluk yang bergelar manusia. Tiada satu orang pun didalam dunia ini dikecualikan untuk menghadapi kehidupan. Bila berbicara mengenai kehidupan satu perkara yang penting yang sentiasa seiring dengan kehidupan ialah MASALAH...
Masalah dan kehidupan adalah dua perkara yang begitu penting yang perlu dihadapi oleh setiap insan dimuka bumi ALLAH SWT yang indah ini. Setiap daripada kita mesti pernah berhadapan dengan pelbagai masalah sama ada masalah itu rumit atau mudah. Tapi biasanya perkara yang mudah bagi kita, kita tidak akan anggap sebagai masalah. bagi kita semua yang sukar dan tidak dapat dijangkau adalah masalah. Namun haruslah diingat bahawa ALLAH SWT tidak akan memberi dugaan atau cabaran atau sebarang permasalahan yang melebihi kemampuan umatnya.
setiap daripada kita mesti mempunyai pelbagai cara dalam menghadapi setiap permasalahan yang datang. Sebenarnya jika difikirkan, masalah merupakan GURU terbaik yang mengajar erti hidup yang sebenar. Melalui masalah yang kita hadapi, kita akan mempelajari pelbagai perkara sama ada kita sedar atau tidak. Setiap hari yang kita lalui sebenarnya penuh dengan masalah, namun kita biasanya tidak sedar dan menganggapnya sabagai perkara biasa. Contohnya dalam kehidupan sebagai seorang pelajar di sekolah, setiap pagi kita datang ke sekolah dengan membawa bersama pelbagai masalah seperti kita bangun lewat. Daripada masalah bangun lewat ini maka pelbagai masalah lain yang akan timbul seperti tidak sempat sembahyang subuh, tidak sempat breakfast, datang lewat ke sekolah, samapai disekolah kena denda lah pula dan sebagainya. Dan semasa di dalam kelas kita belajar, bukan semua pun yang cikgu ajar kita faham, ini juga merupakan masalah, kerana melalui masalah tidak faham ini akan menimbulkan lagi pelbagai masalah lain seperti masalah menjawab exam, membuat kerja rumah, dan lain-lain. Bila tiba masa balik dari sekolah pelbagai masalah lain lagi timbul seperti masalah menunggu bas yang datang lambat, masalah trafik, masalah dalam bas sebab sesak, masalah panas jika cuaca panas dan masalah hujan jika hujan, masalah perhentian bas yang jauh dan pelbagai masalah lain yang berkaitan.
Bila sampai dirumah pula, pelbagai masalah lagi timbul seperti makanan ada tapi tak masak lagi, nasi sudah ada tapi lauk pula tak ada, harap mak masak, mak tak ada di rumah. Ini bagi pelajar sekolah.... Lain lagi cerita jika pelajar-pelajar universiti. Kalau pelajar2 U, bertimbun-timbun masalah... dari masalah makan, pakaian, tempat tinggal dan masalah pelajaran. Masalah makan inilah yang paling sukar... jika dirumah dahulu apa yang kita nak semua tersedia...tapi bila dah masuk U semua kena atur sendiri. Makan diluar pun ok juga tapi kalau dah hari2 makan mesti bosan, nak rasa masakan mak, mak jauh... nak masak sendiri ok juga kalau ada masa, kalau sibuk memanjang je kerja harap nak masak apa...Pakaian pula satu hal lagi... kalau dulu ada yang bantu cuci macam adik beradik perempuan, kalau tidak pun mama yang tolong bereskan...tapi kat U ne kena buat sendiri pula...nak harap Dobi... tak payah, bagus cuci sendiri lagi bersih... yang masalah tempat tinggal pula macam2 ada... dah lah tinggal jauh dari kampus... lepas tu ada bas x cukup.... kalau dah waktu puncak kena bersesak-sesak pula...dalam kolej kediaman macam2 kena bayar, bayar peralatan elektrik lah, bayar sticker kenderaan lah, masalah wireless lah, masalah tak ada privacy lah dan banyak sangat...kalau cakap pasal pelajaran lagilah banyak masalah...dari masalah assigment, masalah selalu datang lewat ke kuliah, masalah cari buku untuk ditelaah, masalah dengan pensyarah yang cerewet dan banyak lagi... begitulah jika membicarakan mengenai masalah...
Tetapi jika difikirkan semula sebenarnya semua masalah yang kita hadapi semua dapat diselesaikan dan bila dikaji semua masalah tu memberikan kita pelbagai ilmu cuma kita saja yang tidak sedar. Sebenarnya dalam pendidikan tiada batasan... kita boleh menuntut ilmu dengan pelbagai cara... tidak semestinya kita mesti datang ke sekolah untuk mendapatkan ilmu... banyak cara salah satu daripada ialah melalui masalah yang menimpa kita. Hal ini kerana melalui masalah yang dihadapi kita akan dapat kesan yang boleh kita praktikkan dalam melayari sebuah bahtera agung yang bernama KEHIDUPAN... Hidup ini singkat sahaj, jadi nikmatilah hidup ini dengan penuh kegembiraan dan kebahagian disamping menunaikan tanggungjawab kita kepada Pencipta yang Maha Agung... dalam menikmati kegembiraan sentiasa tawaduk dengan kebesarannya dan sentiasa istiqomah dalam membuat kebaikan dan kebajikan tidak kira kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan yang paling penting kepada agama yang tercinta... Lakukan sesuatu perkara tanpa dipaksa... ikut kata hati jika ia tidak bertentangan dengan suruhan-Nya... Biar kita menikmati Kehidupan yang sebenar.
Hidup ini sebenarnya INDAH... namun terpulang kepada kita untuk mentakrifkan bagaimana indahnya hidup ini... Jadi nikmatilah hidup... dan.... hadapi masalah dan anggap masalah itu sebagai guru terbaik dalam hidup...
Related Posts with Thumbnails