wElCoMe

bersama menuju kegemilangan hidup. majulah kita bersama untuk mencari bekalan akan datang. hidup biar makan mati biar kenyang...

Tentang Diri Ku

Foto saya
tiada yang mustahil jika hati menginginkannya...

Khamis, 11 Jun 2009

Aku dan Perubahan...

















Setiap daripada kita mesti tidak terlepas daripada perubahan tidak kira perubahan itu kita rancang atau ianya terjadi dengan sendirinya. Namun para pujangga tetap benar kerana kita hanya mampu merancang dan hanyalah Allah Rabbul Al-Amin yang menentukannya. Kehidupan aku sekarang sungguh berbeza dengan kehidupan yang dulu. Jika dulu senyuman dan kegembiraan selalu mengiringi setiap langkahku apabila aku melangkah di bumi kepunyaan Allah swt ini, namun sekarang semua nya sunggu berbeza seolah-olah aku sekarang ibarat sepohon kelapa yang keseorangan di tepi pantai yang hanya ada ombak dan angin menemaninya.


Kegembiraan itu diragut dari hidupku ini apabila aku mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading diseberang sana. Rancangan dan niatku hanyalah satu adalah untuk membaiki struktur ekonomi keluarga ku yang sudah hampir-hampir menemui jalan buntu. Aku ingatkan hanya aku yang akan terpisah daripada keluargaku rupa-rupanya seminggu selepas aku menjejakkan kaki dibumi darul ridzuan itu kakak ku pula menyusul langkahku untuk melanjutkan pelajarannya yang selama ini tertangguh. Bermula daripada saat itu seolah-olah aku hanya berlakon dimuka bumi ini berpura-pura untuk senyum….namun tiada siapa yang mengetahui remuknya hatiku meninggalkan sebuah keluarga yang merupakan tulang belakang kepada kehidupan ku selama ini.


Bermuala daripada saat aku berpisah dengan keluarga tersayang pada tarikh 28 Jun 2008 dan tepat jam 4 petang kapal terbang berlepas ke udara menuju ke udara yang selama ini aku tidak pernah menghirupnya. Namun walaupun sedih teramat sangat diriku pada masa itu aku terpaksa berlakon dihadapan keluargaku agar mereka tidak akan bimbang dan susah hati untuk melepaskan aku pergi. Perpisahan itu merupakan perpisahan pertama aku dengan keluarga tersayang. Tapi apakan daya aku pasrah dengan takdir hidup yang aku tempuhi sekarang. Bermula dari saat itu senyuman yang selama ini menemani hidupku beransur-ansur pudar walaupun aku dikelilingi oleh teman-teman dan sahabat-sahabat yang memahami di bumi berdaulat itu namun semua itu tidak dapat dan tidak akan pernah memadam rasa kesedihan ini.


Mungkin jika ada anugerah untuk pelakon terbaik maka aku akan menggondolnya jika para juri mengetahui isi hatiku yang sebenarnya selama ini. Walau apapun yang terjadi aku akan meneruskan perjuangan ini untuk mencapai cita-cita ku selama ini dan hanya satu impian untuk membahagiakan keluarga ku yang satu-satunya ini. Bialah aku menangis selamanya tetapi satu permintaan ku kepada yang Maha Esa jangan tangisan itu menghampiri keluarga ku…. Biarlah aku berduka tetapi jangan keluarga ku…Doaku Jangan Berduka Wahai Keluargaku….


Related Posts with Thumbnails