wElCoMe

bersama menuju kegemilangan hidup. majulah kita bersama untuk mencari bekalan akan datang. hidup biar makan mati biar kenyang...

Tentang Diri Ku

Foto saya
tiada yang mustahil jika hati menginginkannya...

Jumaat, 3 April 2009

mencintai dan dicintai

Cinta merupakan satu perkara yang agak penting dalam kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini. Mencintai dan dicintai merupakan satu perkara normal dalam kehidupan seharian kita. Ramai yang berpendapat bahawa mencintai dan dicintai merupakan satu saat paling bahagia dalam kehidupan. Namun harus diingat juga bahawa mencintai seseorang tidak bermakna mesti memilikinya cukup sekadar melihat DIA gembira sudah memadai untuk membuktikan cinta kita kepadanya.

Cinta sebenarnya sangat kompleks untuk ditakrifkan. Setiap insan pasti akan berbeza pendapat mengenai takrif sebenar Cinta bagi mereka. Bagi saya cinta itu merupakan satu elemen kehidupan yang penting dan untuk memilikinya memerlukan satu pengorbanan yang bukan sahaja melibatkan zahir namun turut melibatkan batin kita. Namun disini apa yang lebih penting ialah Cinta Utama kita kepada Allah swt Tuhan sekalian Alam dan Yang Maha Mengetahui terhadap segala hal. Usah mengharap cinta seperti teguhnya Cinta Adam terhadap Hawa, usah mendamba Kuatnya Cinta Rasulullah saw terhadap Khadijah jika kita tidak mampu mengikuti jejak langkahnya. Jangan mendamba cinta seteguh cinta Yusof terhadap Zulaikha jika kita tidak mampu memberi apa yang sepatutnya kepada seorang wanita.

Pujangga berpendapat bahawa Cinta Itu Buta. Namun harus diingat bahawa cinta itu adalah abstrak yang tidak boleh dilihat, disentuh dan dinilai seperti syiling, rumah, kereta dan sebagainya. Hanya akal, hati dan perasaan yang mampu memberi kita takrif sebenar tentang cinta. Jadi mencintai seseorang jangan mengharap kepada kesempurnaan kerana kita diciptakan dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Terimalah pasangan anda seperti mana dia menerima anda. Jika orang lain memberi kita madu janganlah dibalas dengan hempedu.

Perhubungan Cinta antara lelaki dan wanita haruslah bersulamkan keihklasan dan kejujuran bukan hanya bertunjangkan kepada wajah. Sebelum melibatkan diri dalam kancah percintaan abad wireless ini haruslah dinilai pasangan itu secara holistik agar tidak memberi permasalahan kepada perhubungan kelak. Biar pasangan anda menerima anda kerana cinta sebenar bukan kerana simpati atau rasa terpaksa kerana menjaga hati. Hal ini kerana dalam perhubungan jika bukan keikhlasan dan kejujuran yang dipertaruhkan maka perhubungan itu tidak akan sampai kemana. Apa yang lebih penting cintai lah pasangan anda kerana Allah swt bukan kerana dirinya, hartanya, wajahnya dan sebagainya.

Cinta memerlukan pengorbanan....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

poyo ngko wat ayat 2 wei.....
pedulikan la ngan minah 2...
sukup2lah kecewa 2..
hancurla labuan e2 slmatknlah dri sendri.......

Related Posts with Thumbnails