wElCoMe

bersama menuju kegemilangan hidup. majulah kita bersama untuk mencari bekalan akan datang. hidup biar makan mati biar kenyang...

Tentang Diri Ku

Foto saya
tiada yang mustahil jika hati menginginkannya...

Selasa, 21 Oktober 2008

Manusia...

Manusia telah diciptakan oleh Allah swt dengan pelbagai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap daripada kita yang hidup di muka bumi ini sebenarnya sering memerlukan antara satu sama lain. Sebagai insan yang hidup serba kekurangan kita mesti memerlukan orang lain untuk meneruskan kehidupan. Dalam dunia yang serba moden ini pelbagai ragam manusia yang kita temui. Ada yang baik, ada yang kurang baik dan ada yang tidak baik, namun terpulang kepada diri kita bagaimana untuk membuat pentafsiran. Kita sebenarnya tidak boleh memberi pentafsiran yang sewenang-wenangnya kepada orang lain kerana setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Oleh itu, dalam kita melayari bahtera kehidupan ini, janganlah kita angkuh dan bongkak dengan pelbagai kelebihan yang Allah swt telah pinjamkan kepada kita. Hal ini kerana walau bagai manapun kehebatan yang kita miliki, itu semuanya datang daripada Allah swt. Itu semua adalah harta yang hanya dipinjamkan oleh tuhan yang Maha Esa dan ada waktunya semua itu akan diambil semula kerana setiap yang dipinjam perlu dikembalikan sama ada kita mahu atau terpaksa itu semua terpulang kepada kita.
Jika kita bertemu dengan orang yang mempunyai masalah, bantulah mereka setakat apa yang kita mampu... janganlah kita memilih dalam membuat kebajikan kerana walau apa sekalipun mereka tetap manusia. Janganlah kita memandang rendah kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik, kepada orang-orang yang berada dibawahan kita, kepada insan-insan yang banyak menabur bakti dan sebagainya.
Hormatilah mereka seperti mana mereka menghormati kita. Kita sebagai seorang remaja contohnya perlulah menghormati orang-orang yang lebih tua daripada kita, rakan sebaya kita, adik-adik kita dan kepada sesiapa sahaja. Jika kita menginginkan orang menghormati kita, kita perlu menghormati orang lain terlebih dahulu. Janganlah disebabkan kelebihan yang hanya sedikit seperti kita sudah maju selangkah daripada orang lain kita terus tidak menghormati mereka kerana kita beranggap darjat kita lebih mulia daripada mereka. Misalannya kita kurang menghormati atau pun dalam bahasa kasar kita tidak langsung menghormati tukang-tukang sapu, pengawal keselamatan, pemandu bas, dan yang seangkatan dengan mereka kerana kita beranggapan mereka ini jauh lebih rendah tarafnya daripada kita yang sudah bergelar pengarah, Perdana Menteri, Datuk, Mahasiswa dan sebagainya. Sikap ini perlu dielakkan dalam diri kita. Hormatilah mereka kerana walau apapun terjadi mereka tetap manusia dan sebenarnya apa yang mereka lakukan merupakan satu kerja yang murni walaupun apa yang mereka dapat sebenarnya tidak setimpal berbanding dengan apa yang mereka taburkan. Namun semua itu tidak menghalang mereka dari terus menabur bakti...
HARGAILAH MEREKA...
Tiada satu keistimewaan yang memberi saya hak untuk memberi nasihat kepada sesiapa pun kerana saya terlalu kerdil didunia ini, namun semua yang saya lakukan ini adalah sebagai satu nasihat kepada diri sendiri dan berharap dapat memberi sesuatu kepada anda. Anggaplah saya seperti membaling bola ke dinding, yang mana bola yang selepaskan itu akan kembali semula kepada saya akibat pantulan. Begitu juga dalam hal saya menulis dalam blog ini, saya memberi dengan harapan apa yang saya beri ini menjadi amalan bukan sahaja kepada anda yang membaca tapi yang lebih penting kepada diri saya sendir.
Renung-renungkan dan selamat beramal...

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails